JOM CUTI-CUTI
BANDUNG 4H/3M
BANDUNG 4H/3M
Jakarta / Bandung adalah kota yang
begitu mengujakan sesiapa sahaja. Kedinginan Bandung dapat merehatkan minda di
samping menikmati keindahan alam di tangkuban parahu. Bandung begitu terkenal
dengan syurga membeli-belah yang mempunyai banyak rangkaian factory outlet dan
menawarkan harga murah serta menjanjikan kepuasan pengguna. Jangan lepaskan peluang
merasai keenakkan masakan sunda dan padang yang boleh dinikmati di
restoran-restoran yang menawarkan pelbagai menu kegemaran masyarakat sunda.
Begitu juga sekiranya anda pulang ke Malaysia jangan lupa untuk membeli ole-ole
di Kartika Sari yang menyediakan pelbagai menu kek dan brownies yang lazat.
Pastinya kedatangan anda ke Jakarta & Bandung meninggalkan seribu kenangan
manis yang tidak dapat dilupakan…..
Hari 1 : BANDUNG
( MT/ MM )
( MT/ MM )
Setibanya di Lapangan Terbang
Soekarno Hatta, Jakarta, anda akan disambut oleh wakil kembara dunia dan
anda terus dibawa ke hotel penginapan untuk check-in. Selepas itu kami membawa anda membeli-belah di rangkaian butik
pakaian sekitar Jalan Dago seperti Grande, Episode, Edward Forrer dan
sebagainya. Anda juga akan dibawa berjalan-jalan di sekitar Ciwalk Street. Anda
akan dibawa menikmati makan tengah hari dan malam di restoran tempatan.
Hari 2 : BANDUNG – Tangkuban Parahu dan Ciater Hot Spring
(MP/MT/ MM)
(MP/MT/ MM)
Selepas menikmati sarapan pagi di
hotel, anda akan dibawa melawat ke Tangkuban Parahu yang merupakan salah
sebuah tempat pelancongan menarik di Indonesia. Nikmati pemandangan menarik
gunung berapi yang indah dan abadikan kenangan indah di sana. Kemudian ke
Ciater Hot Spring untuk merasai kesegaran air panas daripada gunung dengan suhu
yang berbeza-beza. Dalam perjalanan pulang, anda akan dibawa ke ladang
strawberi untuk menikmati kehijauan semula jadi di Bandung. Pada petangnya anda
dibawa membeli-belah lagi di Toko Tiga dan rangkaian butik sekitar Jalan
Setiabudhi seperti Rumah Mode, Mode Plus, Natural, Donatello dan banyak lagi.
Pada sebelah malam, anda diberi peluang untuk melakukan aktiviti bebas. Jangan
lepaskan peluang untuk menikmati kehidupan malam di kota Bandung di sekitar
Jalan Braga dengan bantuan pemandu pelancong.
Hari 3 : BANDUNG
(MP/MT/ MM)
(MP/MT/ MM)
Selepas sarapan pagi, anda akan di
bawa berkunjung ke tempat-tempat bersejarah di Bandung seperti Masjid Agong,
Gedung Sate dan bangunan-bangunan bersejarah di sekitar Jalan Asia-Afrika.
Sekadar mengabadikan kenangan di sana dengan bergambar. Seterusnya anda akan
dibawa membeli-belah di PASAR BARU, sebuah destinasi wajib pergi jika anda ke
Bandung. Kemudian ke Jalan Cibaduyut yang terkenal dengan pelbagai pilihan
barangan kulit yang asli. Anda akan dibawa juga ke Kartika Sari untuk membeli
cenderahati untuk dibawa pulang ke Malaysia. Anda juga akan berjalan-jalan di
rangkaian butik di sekitar Jalan Riau seperti Heritage, Cascade, Summit,
Renarity, China Emporium, Terminal Tas, Galeri for Men, BABE, Base dan
sebagainya.
Hari 4 : BANDUNG – KL
(MP/MT)
(MP/MT)
Selepas bersarapan dan check-out dari hotel penginapan Membeli cenderhati dan buah tangan (ole-ole) di Kartika Sari
untuk dibawa pulang ke Malaysia dengan aneka brownies dan kek lapis. transfer ke airport. berlepas
pulang ke KL
Note :
- Harga
tertakluk kepada perubahan semasa.
- Jadual
program tertakluk pada perubahan semasa
- Semua
kategori hotel yang dinyatakan adalah standard sahaja
- Pengesahan
bergantung kepada jumlah bilik yang ada
- Kami
mencadangkan anda membeli insurans perjalanan dari pihak kami
Harga Termasuk :
- 3
Malam Penginapan di Hotel terpilih
- Sarapan
& Makan Tengahari & Makan Malam (Hidangan Halal) seperti di dalam
program
- Pengangkutan
private (kenderaan baru dan aircon)
- Pemandu
Pelancong yang berpengalaman berbahasa Inggeris dan Melayu
- Hidangan
setiap jadual di restoran tempatan
- Bayaran
masuk seperti yang dinyatakan dalam program
- Tips
untuk pemandu pelancong
Harga Tidak Termasuk :
- Tiket
penerbangan & airport tax di bandung
- Insurans
Perjalanan (Dicadangkan untuk membeli insurans daripada pihak kami)
- Perbelanjaan
Peribadi (Bar, Room Servis, Dobi, Telefon etc)
- Segala perbelanjaan tambahan di hotel
Pakej
|
Harga Promosi
|
3H2M
|
*RM 299
|
4H3M
|
*RM 399
|